Nama Item
|
Tips dan Panduan Juruacara |
|---|---|
Harga
|
$12.00 |
Keterangan
|
Sesuai untuk guru, pelajar dan staf jabatan. |
Status
|
Urusniaga online |
| Diskaun 10% |
Huraian Produk/Perkhidmatan
Apabila anda diminta untuk mengacarakan majlis, apa tindakan anda?
# Menolak dengan mengajukan pelbagai alasan?
# Mengalihkan kepada orang lain?
# Lari dari majlis?
Dari Meja Penulis: Ramli Carlo
Tarikh: Selasa, 22 April 2014
Assalamuallaikum dan salam hormat,
Mungkin anda pernah terkejut kerana tiba-tiba anda diarahkan untuk mengacarakan sesuatu majlis atau anda memang seorang juruacara tapi ditugaskan untuk mengacara majlis yang dihadiri atau dirasmikan oleh tetamu kenamaan.
Apabila anda diberikan tugasan mengacara majlis bermakna anda telah mula dipercayai. Anda sepatutnya sahut cabaran tersebut dan cuba melakukan yang terbaik kerana inilah masanya anda membangunkan potensi diri di tengah masyarakat sama ada anda pegawai kerajaan/swasta, pelajar atau ahli pertubuhan.
Kenapa anda beralasan menolak dan menjatuhkan kepercayaan yang telah diberikan kepada anda walaupun sebenarnya anda memang mahu melakukannya?
Kerana anda tiada keyakinan diri mengacara majlis.
Tidak tahu apa yang perlu dilakukan sebagai juruacara.
Kerana tiada persediaan menjadi juruacara.
Jangan lagi risau, kini ada cara mudah dan cepat untuk menyelesaikan masalah anda. Serlahkan keyakinan dan keterampilan anda selepas ini seperti saya!
Memperkenalkan Ebook 'Power' Tips dan Panduan Juruacara Juruacara
Ebook 55 Tips dan Panduan 'Xpress' Juruacara ini akan membimbing anda dengan jelas, ringkas, padat dan 'xpress' bagaimana membina keyakinan sebagai juruacara, apa yang perlu dilakukan sebagai juruacara dan panduan persediaan menjadi juruacara.
Semua keperluan persediaan untuk menjadi pengacara telah tersedia termasuk contoh skrip acara rasmi, tidak rasmi sehinggalah ke ucapan pengumuman tidak formal seperti arahan mematikan telefon bimbit dan sebagainya.
'55 Tips & Panduan 'Xpress' Juruacara'
Anda tidak akan memperolehinya dari mana-mana sumber. Kandungan ebook ini mampu memangkin keyakinan dan kredibiliti anda ke tahap maksimum dalam mengacarakan sesuatu majlis .
Berikut adalah ringkasan kandungan ebook ini.
- LIMA kata–kata penting tugas juruacara
- LIMA ragam tugas juruacara
- LIMA perkara penting dalam sesebuah majlis
- LIMA hal terpenting sebagai juruacara
- LIMA motivasi penting sebagai juruacara
- LIMA tanggungjawab pengacara majlis
- LIMA perkara yang boleh mencacatkan pengendalian majlis
- LIMA contoh tatacara membina ungkapan kata-kata atau ayat pengacaraan
- LIMA kesalahan dan permasalahan utama yang sering dihadapi oleh juruacara amatur
- LIMA tanggungjawab pengacara majlis
- LIMA dokumen penting untuk juruacara majlis
Siapa yang sesuai memiliki ebook panduan ini?
Ebook ini sesuai untuk
- Pelajar Sekolah
- Pelajar IPT/IPTS
- Pegawai/Staf jabatan kerajaan/swasta
- Ahli Politik
- Guru untuk melatih pelajar atau untuk kegunaan sendiri serta
- Ibu bapa bagi membina keyakinan diri anak-anak dalam pengucapan awam.
Ebook ini sangat efektif menjadi rujukan 'cepat' persediaan menjadi juruacara sama ada majlis rasmi atau tidak rasmi.
Panduan ini juga boleh digunakan oleh juruacara baru atau amatur atau profesional yang mengacarakan acara sehingga peringkat tertinggi. Rujukan kaedah dan senarai kehormat juga sudah disediakan untuk membantu anda menjadi juruacara yang berpengetahuan tinggi dan berkredibiliti.
Anda juga akan memperolehi ebook penting sebagai 'bonus' kepada anda yang memuatkan perkara seperti
- Contoh ringkas skrip penuh pengacaraan majlis rasmi/separuh rasmi.
- Contoh skrip untuk pengumuman dalam sesebuah majlis.
- Kaedah dan senarai Rujukan Kehormat
- Cadangan pantun berkualiti yang bersesuaian dengan majlis rasmi dan tidak rasmi
- Contoh ringkas jenis majlis, suasana serta pengisian dan cara pengendaliannya termasuk yang melibatkan orang kenamaan.
Apa yang paling menarik?
Contoh skrip pengacaraan yang disertakan adalah skrip sebenar yang telah digunapakai sendiri oleh penulis dalam menjayakan majlis yang diacarakannya.
Antara skrip yang disertakan ialah acara berstatus peringkat negeri yang dihadiri oleh Ketua Menteri sebagai perasmi majlis tersebut.
Tahukah anda skrip ucapan berkualiti untuk perkara-perkara berikut?
- Bagaimana untuk memberitahu audien untuk mematikan telefon bimbit?
- Bagaimana untuk memberitahu audien bahawa majlis akan bermula sebentar lagi?
- Bagaimana untuk memberitahu audien agar mengalihkan kenderaan yang menghalang?
- Bagaimana untuk memberitahu audien tentang kehilangan? atau
- Bagaimana untuk memberitahu audien mengenai pendaftaran kehadiran?
Semuanya dikongsikan dalam ebook 'bonus' ini berdasarkan pengalaman sebenar penulis.
Miliki kedua-dua ebook ini dan anda akan menjadi pengacara majlis seperti seorang profesional serta berkeyakinan tinggi.
Opsss!!! Anda mesti tertanya-tanya siapa saya?
Baiklah !!! Nama saya Ramli Ahmad atau nama pena saya Ramli Carlo. Saya telah terlibat dalam dunia juruacara ini lebih kurang 15 tahun dan dalam tempoh itu saya telah menjadi juruacara lebih dari 100 majlis pelbagai jenis sama ada rasmi, separuh rasmi atau tidak rasmi. Saya juga merupakan seorang guru, penyampai radio konvensional, pengarah dan pelakon telemovie, pencipta lagu dan lirik serta penceramah perkara yang berkaitan dengan juruacara serta lakonan.
Saya telah membuat kajian berdasarkan pengalaman bagaimana untuk mempermudahkan seseorang itu menjadi juruacara. Saya telah membahagikan kepada 11 tips dan panduan 'xpress' menjadi juruacara yang setiap satu mempunyai 5 poin penting yang mudah untuk difahami. Maka terbitlah ebook ini yang menampilkan 55 tips dan panduan segera menjadi juruacara.
Bersama dengan ebook ini juga saya menyertakan skrip-skrip sebenar yang telah saya gunakan dalam pengacaraan saya untuk pelbagai jenis acara. Ini adalah hadiah (bonus) daripada saya kepada anda yang akan mendapatkan ebook ini.
Tahukah anda !!!
- Juruacara juga merupakan satu bisnis. Anda boleh mencipta pendapatan sampingan sebagai juruacara dengan kadar bayaran ratus ringgit sehingga ribu ringgit bergantung kepada populariti dan usaha anda menjadi seorang juruacara yang berkualiti.
- Mudah mendapat perhatian dari organisasi yang kita ikuti sama ada bekerja di jabatan kerajaan/swasta atau ahli pertubuhan tertentu hanya dengan percubaan menjadi juruacara majlis.
- Bayaran pendaftaran jika anda menyertai kursus juruacara profesional boleh mencapai sehingga ribuan ringgit. Maksudnya jika anda dapat menguasai pengacaraan majlis ini, anda juga boleh membuat kursus dengan yuran begitu sebagai pendapatan sampingan atau secara serius.
Ramli Carlo,
Juruacara Profesional


