7 sebab mengapa perlu memulakan perniagaan di internet?


2014 adalah tahun yang mencabar bagi rakyat Malaysia dengan kenaikan kos sara hidup. Kenaikan gaji tak setimpal dengan inflasi lebih memeritkan hidup kita.

Anda perlu bijak untuk uruskan kewangan secara berhemah. Nak tak nak, anda perlu mencari jalan untuk menambah pendapatan demi menampung kos hidup seharian.

Salah satu cara yang boleh membantu anda menjana pendapatan ialah menerusi perniagaan di internet.

Mengapa perlu memulakan perniagaan di internet? Berikut ialah fakta yang wajib anda perhatikan :

1. Modal perniagaan yang rendah

Memulakan perniagaan internet tidak perlukan modal yang tinggi. Guna media sosial atau blog sudah cukup.

2. 90% pengguna ada akaun media sosial

Pengguna internet di Malaysia mempunyai akaun media sosial Facebook, Twitter dan Instagram. Apa yang anda perlu buat ialah promosi produk atau servis anda pada mereka.

3. Boleh dijalankan di mana sahaja

Hanya guna telefon pintar dan tablet, anda boleh menjalankan perniagaan internet di mana sahaja anda berada.

Pelanggan anda yang ada telefon pintar dan tablet, mereka juga boleh membeli dari anda walau pun berada di mana sahaja.


4. Kos operasi yang rendah

Dengan mempunyai talian internet, anda boleh menjalankan perniagaan anda sendiri. Tak perlu bayar sewa pejabat, elektrik air dan kos ubahsuai yang mencecah ribuan ringgit.

5. Boleh mencapai pelanggan sedunia

Terdapat 2.5 bilion pengguna internet. Jangan terkejut jika perniagaan anda mendapat pelanggan dari Amerika, Australia, Jepun, United Kingdom, Perancis, Timur Tengah atau dari mana-mana negara.

6. Boleh dijalankan bila-bila masa

Ramai individu yang menjalankan perniagaan internet separuh masa untuk menjana pendapatan tambahan. Waktu di rumah dan waktu lapang boleh diisi dengan waktu untuk menjalankan perniagaan internet. 

Anda boleh memenuhi pesanan pelanggan ketika waktu petang, malam atau hujung minggu.

7. Pendapatan tidak terhad

Dengan teknik dan strategi perniagaan yang betul, anda boleh meraih rezeki tanpa had menerusi perniagaan ini.

Anda boleh dapat jualan RM5,000, RM50,000 atau RM150,000 dalam masa yang singkat. 

Irfan Khairi juga berjaya mencapai RM1,000,000,000 dalam masa 3 tahun berniaga di internet!

Kesimpulan

Anda kini menggunakan internet setiap hari, apa kata gunakan internet untuk menjana pendapatan pula setiap hari!



Kongsikan :

 
Hakcipta Dipelihara 2014 My Gerai Online
Inovasi & rekabentuk Shopping Cart berasaskan Blogger oleh MJasni AShukri yang dikuasakan oleh Fantasi Media
Dapatkan templat seperti blog ini sekarang!
Gerai online ini beroperasi secara rasmi pada 25/5/2014

Terdapat seramai  orang tetamu kami pada masa ini.
Blog ini telah dilawat sebanyak kali