Kenapa anda perlu autoresponder?

Tahu tak sebagai seorang internet marketer, list emel adalah begitu penting sekali, pernahkah anda dengar ayat "Money in the list"? iaitu mengatakan anda boleh menjana pendapatan dengan hanya menghantar dan membalas emel sahaja. 

Sungguh menakjubkan bukan?

Ini bukan mitos.

Antara otai pemasaran internet tempatan seperti saudara Jamal, Zamri, Rahman Basri dan lain-lain mempunyai berpuluh-puluh ribu list dalam database mereka. 

Dan bagaimana mereka membuat duit dengan list ini? 

Katakan Jamal berJV dengan produk terbaru saya, dan menghantar emel kepada 10,000 subscriber beliau, dan 10% daripada subscriber telah membeli produk saya, jika produk bernilai RM30/produk, saya akan dapat untung kasar sebanyak RM3000, sebagai rakan JV dia layak dapat komisyen 50% iaitu RM1500.

Persoalannya, proses menaip dan menghantar emel tidak mengambil masa 15 minit, dan hasilnya Jamal telah menjana keuntungan RM1500. Inilah dikatakan "money in the list".

Mungkin anda masih tidak faham maksud yang kami cuba sampaikan, tetapi jika anda terus bersama saya, saya akan sampaikan lebih banyak emel mengenali pemasaran emel dan autoresponder.



Kongsikan :

 
Hakcipta Dipelihara 2014 My Gerai Online
Inovasi & rekabentuk Shopping Cart berasaskan Blogger oleh MJasni AShukri yang dikuasakan oleh Fantasi Media
Dapatkan templat seperti blog ini sekarang!
Gerai online ini beroperasi secara rasmi pada 25/5/2014

Terdapat seramai  orang tetamu kami pada masa ini.
Blog ini telah dilawat sebanyak kali