Internet pada hari ini bukan lagi satu kehendak bahkan satu keperluan. Kekuatan internet merentasi pelbagai halangan baik masa, jarak mahupun bangsa.
Kerana kekuatan internet ini, ianya menjadi seakan satu kuasa yang mampu menggerakkan sebuah negara, mahupun menumbangkan seluruh dunia.
Blog merupakan singkatan kepada Web Log yang mana ianya adalah sebuah laman web berbentuk jurnal.
Penulis blog bebas untuk menulis di dalam blog baik ia merangkumi penulisan peribadi, pendapat, informasi atau apa-apa sahaja yang disukai penulis.
Disebabkan blog ini umpama sebuah jurnal, ia sering di kemas kini oleh pemiliknya. Tambahan pula, penggunaan blog yang mudah (hampir sama seperti menggunakan Microsoft Word) menjadikannya pilihan utama bagi penulis-penulis yang ingin menyebarkan hasil tulisan mereka di internet.
Blogger pula adalah penulis dan pemilik blog itu sendiri. Mereka bertanggungjawab atas aktiviti blog mereka baik dari segi penulisan dan juga kemas kini blog.
Aktiviti mereka mengemaskini, menulis di blog pula dikenali sebagai blogging.
Ramai orang menjana pendapatan yang stabil melalui blog. Bahkan ianya juga menjadi medium untuk ramai orang untuk berkomunikasi.
Bahkan, kebanyakan pemimpin pada hari ini mempunyai blog untuk menyampaikan pemikiran mereka.
Terlalu ramai pengguna blog di dunia ini. Antara sebab blog disukai oleh golongan blogger adalah kerana blog mudah diindeks oleh enjin carian.
Dalam erti kata lain, blog lebih mesra enjin carian berbanding laman web yang lain. Hal ini kerana, selain ia dimiliki oleh pemilik enjin carian seperti blogger.com yang dimiliki oleh Google, ia mempunyai aplikasi-aplikasi khas untuk membantunya diindeks oleh enjin carian dan mendapat tempat teratas bagi kata kunci tertentu.
Aktiviti ini dikenali sebagai Search Engine Optimization (SEO) yang mana aplikasi yang ada ini membantu blog untuk diindeks oleh enjin carian.
Bagi sebuah blog yang mesra SEO, setiap artikel yang dihantar ke blog mudah dicari (crawl) oleh enjin carian dan seterusnya diletakkan di tempat teratas dalam enjin carian.
Anda tentu teruja sekiranya blog anda mendapat tempat teratas dalam google.com bukan?
Pelbagai aplikasi blog yang telah dibangunkan. Namun, 2 pembangaun aplikasi blog yang popular adalah Blogger.com (blogspot) dan Wordpress.com (wordpress).
Kedua-dua aplikasi ini mempunyai peminatnya yang tersendiri. Blogspot lebih diminati oleh sebahagian blogger yang tidak mahu meletakkan blog mereka dalam hosting berbayar. Manakala Wordpress pula lebih diminati oleh pengguna professional.
Pengguna Wordpress pula lebih suka meletakkan blog mereka dalam domain dan hosting mereka sendiri.
Perbezaan yang jelas antara blog percuma dan blog berbayar adalah dari nama domainnya. Blog percuma mempunyai domain seperti muslim.blogspot.com dan airterjun.wordpress.com.
Mereka menumpang alamat blog mereka di dalam domain pembangun aplikasi tersebut. Berbanding blog berbayar yang menggunakan domain sendiri, alamat domain akan menjadi seperti amirulmukmin.com dan juga drmaza.com.
Mereka membayar amaun tertentu untuk membeli nama domain ini. Blog berbayar ini juga biasanya kelihatan lebih professional berbanding blog percuma.
Disebabkan blog berbayar ini diletakkan dalam hosting mereka sendiri, pemilik blog mempuunyai kuasa penuh ke atas blog mereka.
Mereka hampir tidak terikat dengan peraturan yang dikenakan oleh pembangun blog. Seperti contoh sekiranya anda menggunakan aplikasi Wordpress, anda tidak boleh menambah pelbagai plugin dan mengubahsuai antara muka blog mereka.
Dan ia tentu sahaja membataskan keupayaan sesebuah blog.
