Bolehkah Jadi Kaya Dengan Minat?

Luangkan sedikit masa berfikir tentang J.K. Rowling. Atau fikir tentang Donald Trump. Atau fikir tentang Irfan Khairi. Atau fikir sesiapa sahaja orang kaya yang kita kenal.

Inilah orang-orang yang kaya. Tetapi apa yang buatkan mereka kaya? Mereka menjadi kaya bukan melalui perkara yang mereka tidak suka buat – mereka kaya melalui perkara yang mereka benar-benar suka buat, perkara yang mereka fikir ia memang wujud untuk diri mereka.

J. K. Rowling mempunyai minat menulis sejak dia kecil. Dia mula menulis semasa dia masih seorang budak. Meskipun pelbagai kepayahan dalam hidupnya, dia tidak putus asa. 

Dia terus menulis bila-bila masa dia boleh. Dengan dua anak dalam tanggungan, wanita ini menjelmakan fenomena fiksyen dalam generasi kita – Harry Potter. Semasa dia membuat Harry Potter, pernahkah dia fikir dia boleh jadi lebih kaya daripada Permaisuri? 

Tidak pernah sama sekali. Dia sekadar menulis. Dia berikan lubang kepada minatnya. Yang lain hanya berlaku.

Kejar minat anda. Jangan pedulikan ejekan. Adakah anda mahir tentang sesuatu, sangat mahir yang anda rasa ia mampu memberikan wang? 

Jadi jangan ragu-ragu lagi. Anda memang memilikinya dalam diri anda untuk buat duit daripadanya.

Sumber: Suhaimi Zohor


Kongsikan :

 
Hakcipta Dipelihara 2014 My Gerai Online
Inovasi & rekabentuk Shopping Cart berasaskan Blogger oleh MJasni AShukri yang dikuasakan oleh Fantasi Media
Dapatkan templat seperti blog ini sekarang!
Gerai online ini beroperasi secara rasmi pada 25/5/2014

Terdapat seramai  orang tetamu kami pada masa ini.
Blog ini telah dilawat sebanyak kali